Skip to main content

Visi, Misi & Dasar Kualiti

Komitmen Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut dalam memperkukuh sistem pentadbiran yang cekap, berkualiti dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan Daerah Jerantut.

Visi

Menjadikan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut sebuah organisasi yang terbilang, berprestasi tinggi, berintegriti serta menjadi peneraju kecemerlangan dalam pengurusan pentadbiran daerah dan tanah menjelang tahun 2030.

Misi

Menguruskan pentadbiran daerah dan tanah secara cekap, adil, telus dan berkesan melalui penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, penambahbaikan berterusan serta selaras dengan dasar-dasar Kerajaan bagi memenuhi keperluan rakyat dan pemegang taruh.

Dasar Kualiti

Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut komited memberikan perkhidmatan pengurusan daerah dan tanah yang berkualiti, cekap dan efisien melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti serta amalan penambahbaikan berterusan bagi mencapai kepuasan pelanggan berasaskan keperluan MS ISO 9001:2015, keperluan undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa.