Skip to main content
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Fungsi dan Peranan:
  • Memberikan khidmat sokongan teknikal dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada Penjawat Awam dan Komuniti ke arah merealisasikan Program Kerajaan Elektronik di peringkat daerah
  • Menyelaras dan mengawasi penggunaan sistem aplikasi, peralatan, server dan lain-lain yang berkaitan
  • Membangun dan mengemaskini Portal Rasmi jabatan
  • Menyediakan latihan untuk semua pegawai dan kakitangan
UNIT PENTABIRAN DAN KEWANGAN

Fungsi dan Peranan :

  • Menguruskan hal-hal berkaitan jawatan, pengesahan jawatan/pelanjutan tempoh percubaan, penangguhan/pemangkuan kerja, pertukaran, kenaikan pangkat, kemasukan ke dalam jawatan berpencen, persaraan, perletakan jawatan, kematian semasa perkhidmatan dan tindakan tatatertib
  • Mengurus hal-hal berkaitan penyediaan dan pembayaran gaji dan elaun, pesanan barang-barang kelengkapan pejabat, pembayaran dan pesanan tempatan, penyelenggaraan kontrak dan pembekalan serta penyediaan peruntukan tahunan
  • Mengurus hal-hal mengenai permohonan lesen perahu, barang-barang kawalan, lesen hiburan awam, panggung wayang, lesen penulis surat rayuan, lesen getah dan lesen arak
  • Menyelenggara dan menyediakan penyata-penyata/rekod/mengenai kutipan hasil/cukai dan tunggakan
  • Mengurus hal-hal mengenai kutipan hasil/cukai-cukai, perumahan dan pelbagai
  • Menguruskan data-data pegawai dan kakitangan di dalam sistem HRMIS
  • Menyelaras, mengatur dan melaksanakan program-program berbentuk sambutan, keraian dan majlis rasmi kerajaan Negeri dan Persekutuan di peringkat Daerah, Mukim dan Kampung