Skip to main content
  1. Memastikan pembayaran bil dan tuntutan diselesaikan dengan kadar yang segera tidak lewat dari 14 hari dari tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 103(a).
  2. Menyelesaikan aduan pelanggan mengikut keutamaan aduan:
    • Aduan mudah diselesaikan – 7 hari
    • Aduan sederhana kompleks – 30 hari
    • Aduan sangat kompleks – 365 hari
  1. Memantau pelaksanaan projek-projek kecil (PAMS/Peruntukan Ahli Parlimen/Peruntukan ADN/Dana Khas/Keagamaan/lain-lain peruntukan dalam tahun kewangan semasa) mengikut arahan/garis panduan yang telah ditetapkan.
  2. Memproses pendaftaran peserta e-Kasih untuk diangkat ke Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri dalam tempoh 3 bulan dari tarikh Mesyuarat Focus Group (FGD).
  1. Memproses Permohonan Pemberimilikan Tanah Kerajaan (Sek. 76 KTN) 4 hektar ke bawah untuk diangkat ke Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 6 bulan dari tarikh Mesyuarat JKPTD.
  2. Memproses Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) (Sek. 65 KTN) dalam tempoh 6 bulan dari tarikh Mesyuarat JKPTD.
  3. Memproses Permohonan Perizaban Tanah Kerajaan (Sek. 62 KTN) dalam tempoh 6 bulan dari tarikh Mesyuarat JKPTD.
  4. Memproses Permohonan Lanjut Tempoh Pajakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  5. Memproses Permohonan Meminda Syarat Nyata Tanah Daripada Pertanian Kepada Pertanian (kurang 4 hektar atau Hakmilik Pejabat Tanah) dalam tempoh 14 hari bekerja.
  6. Memproses Permohonan Menukar Kategori Kegunaan Tanah Daripada Pertanian Kepada Bangunan dalam tempoh 6 bulan.
  7. Memproses Permohonan Tukar Syarat Kegunaan Tanah Dan Serentak Pecah Sempadan dalam tempoh 6 bulan.
  8. Memproses Permohonan Penyerahan Balik Dan Pemberimilikan Semula dalam tempoh 3 bulan daripada terima permohonan OSC sehingga fail lengkap diterima.
  9. Memproses Permohonan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian Tanah Dan Penyatuan Tanah dalam tempoh 6 bulan.
  10. Memproses Permohonan Penyerahan Balik Sebahagian Tanah Dan Kelulusan Bahagian dalam tempoh 6 bulan.
  11. Memproses laporan tanah bagi Permohonan Lombong dalam masa 1 bulan.
  12. Memproses Permohonan Hak Lalulalang Persendirian dalam tempoh 12 bulan.
  13. Menyempurnakan pendaftaran hakmilik baru dalam tempoh 3 hari.
  14. Menyempurnakan pendaftaran urusniaga dalam tempoh 1 hari selepas menerima perserahan lengkap di kaunter.
  15. Menyempurnakan pendaftaran bukan urusniaga dalam tempoh 7 hari selepas menerima perserahan lengkap di kaunter.
  16. Mengadakan siasatan perintah jual dalam tempoh 6 bulan.
  17. Memproses permohonan baru Permit 4B dalam tempoh 6 bulan.
  18. Memproses permohonan baru Permit 4C dalam tempoh 30 hari.
  19. Memproses penerimaan hasil tanah dalam tempoh 10 minit bagi setiap transaksi.