Komitmen Kami Kepada Pelanggan
Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands sentiasa komited memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cekap, telus dan berorientasikan pelanggan selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Pahang.
Perkhidmatan Berkualiti
Kami berjanji memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat, profesional dan mesra kepada semua pelanggan melalui sistem penyampaian yang responsif serta berintegriti.
Kelulusan Lesen & Permit
Semua lesen atau permit akan diproses dan dikeluarkan dalam tempoh satu (1) minggu daripada tarikh permohonan diterima atau dua (2) minggu selepas kelulusan Jawatankuasa berkaitan, tertakluk kepada dokumen permohonan yang lengkap.
Kemudahan Asas
Kami berusaha memastikan kemudahan asas disediakan secara terancang, berkesan dan sewajarnya di seluruh kawasan dalam Daerah Cameron Highlands demi kesejahteraan masyarakat.
Janji Perkhidmatan Kami
-
1Memberikan perkhidmatan yang cepat, tepat, mesra pelanggan dan berintegriti kepada semua lapisan masyarakat.
-
2Memastikan semua urusan lesen dan permit diproses mengikut tempoh piagam pelanggan dengan syarat permohonan adalah lengkap.
-
3Menyokong pembangunan daerah melalui penyediaan kemudahan asas yang berkualiti, mampan dan memenuhi keperluan penduduk.
