Skip to main content

Pekeliling dan Arahan Pentadbiran

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG (SUK)

Bil Tajuk Dokumen Tajuk Pekeliling Tujuan Tarikh Pekeliling Capaian
1 Surat Pekeliling YB. Setiausaha Kerajaan Pahang Bil. 1/2017 Garis Panduan Penyediaan Kuota Bumiputera Bagi Projek Perumahan dan Pembangunan Bercampur oleh Pemaju Swasta Negeri Pahang Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada semua agensi kerajaan yang berkaitan dan pemaju swasta mengenai penyediaan kuota bumiputera bagi projek perumahan dan pembangunan bercampur yang dibangunkan oleh pemaju swasta Negeri Pahang. 01/12/2017 Pekeliling YB. SUK Pahang Bil. 1/2017
2 Surat Pekeliling YB. Setiausaha Kerajaan Pahang Bil. 1/2020 Pemakaian Tenun Pahang Diraja Oleh Penjawat Awam Negeri Pahang Pada Hari Khamis Minggu Pertama Setiap Bulan Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan kepada agensi Kerajaan Negeri Pahang berkaitan pemakaian Tenun Pahang Diraja oleh penjawat awam Negeri Pahang pada hari Khamis minggu pertama setiap bulan. 15/01/2020 Pekeliling YB. SUK Pahang Bil. 1/2020
3 Surat Pekeliling YB. Setiausaha Kerajaan Pahang Bil. 2/2020 Makluman Penukaran Nama-Nama Tempat di Negeri Pahang Darul Makmur Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan penukaran nama-nama tempat di Negeri Pahang Darul Makmur. 09/12/2020 Pekeliling YB. SUK Pahang Bil. 2/2020

JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN

Bil Tajuk Dokumen Tajuk Pekeliling Tujuan Tarikh Pekeliling Capaian
1 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 10/2017 Pengurusan Barang Rampasan Yang Dicadang Untuk Diserahantar Kepada Polis Di Bawah Seksyen 426B Kanun Tanah Negara Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG) dan Pentadbir Tanah mengenai pengurusan barang rampasan yang bersifat sukar untuk dialih yang dicadang untuk diserahantar kepada Polis di bawah Seksyen 426B Kanun Tanah Negara (KTN). 01/11/2017 Pekeliling KPTG Bil. 10/2017
2 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 14/2009 (Disemak 2017) Penyampaian Ganti (Substituted Service) Notis Yang Dikeluarkan Oleh Pemegang Gadaian Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menyampaikan notis gantian (substituted service) bagi notis-notis yang dikeluarkan oleh pemegang gadaian. 06/04/2017 Pekeliling KPTG Bil. 14/2009 (Disemak 2017)
3 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/2017 Penyampaian Ganti Notis Di Bawah Subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menyampaikan notis gantian di bawah Subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara (KTN). 24/02/2017 Pekeliling KPTG Bil. 6/2017
4 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2017 Garis Panduan Permohonan Pelanjutan Tempoh Pajakan Hakmilik Berstatus Pajakan Negeri dan Pajakan Mukim Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pentadbir Tanah dan Pendaftar Hakmilik mengenai permohonan pelanjutan tempoh pegangan bagi hakmilik berstatus Pajakan Negeri dan Pajakan Mukim serta hakmilik sementara yang bersamaan dengannya yang dikeluarkan bagi pegangan bertempoh. 01/01/2017 Pekeliling KPTG Bil. 1/2017