PRIHATIN NASIB KAKITANGAN : PEGAWAI DAERAH SANTUNI KELUARGA MANGSA KEMALANGAN DALAM PROGRAM ZIARAH KASIH
PRIHATIN NASIB KAKITANGAN : PEGAWAI DAERAH SANTUNI KELUARGA MANGSA KEMALANGAN DALAM PROGRAM ZIARAH KASIH
JERANTUT, 24 Jun 2026 – Program Ziarah Kasih telah diadakan ke kediaman Mohd Robie bin Majid, Pembantu Khidmat Am Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada beliau serta keluarga.
Ziarah tersebut diadakan susulan keadaan anak beliau, Iskandar Syazlan bin Mohd Robie, 17 tahun yang mengalami kemalangan jalan raya melibatkan motosikal dan kereta pada 8 April 2026. Sehingga kini, Iskandar Syazlan masih terlantar dan sedang menjalani proses pemulihan.
Program ziarah ini telah dihadiri oleh Pegawai Daerah Jerantut, Ybrs. Tuan Sulaiman bin Husin bersama Encik Roszaidi bin Abdul Ghani, Ketua Penolong Pegawai Tanah. Kehadiran mereka mencerminkan rasa kebersamaan dan sokongan moral kepada keluarga Mohd Robie dalam menghadapi ujian yang sedang dilalui.
Melalui program ini, pihak Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut berharap agar keluarga yang terlibat terus diberikan kekuatan, kesabaran serta dipermudahkan segala urusan. Turut didoakan agar Iskandar Syazlan dikurniakan kesembuhan dan dapat kembali menjalani kehidupan seperti sediakala.
- Created on .
- Hits: 43

