Skip to main content
PERKHIDMATAN
PANTAS
Facebook Kalendar
Bentong Pahang
Asal Usul Nama Daerah Bentong

Sejarah Ringkas Daerah Bentong, Pahang


Ringkasan

Bentong merupakan sebuah daerah di bahagian barat Negeri Pahang yang dipisahkan daripada daerah Raub pada tahun 1919. Daerah ini terkenal kerana menjadi lokasi FELDA pertama di Malaysia iaitu di Lurah Bilut pada 1 April 1958.

Asal Usul Nama "Bentong"

Nama Bentong berasal daripada perkataan "Ban Untung". Pada zaman dahulu, kawasan ini dikenali sebagai 'Kapong'. Apabila bijih timah ditemui di pertemuan Sungai Repas dan Sungai Perting, pelombong membina sebuah ban (empangan) yang sangat menguntungkan. Maka timbullah nama "Ban Untung" yang kemudiannya bertukar menjadi Bentong.

Ada juga versi lain yang mengatakan nama ini berasal daripada "Bapong" akibat peristiwa mayat askar Gurkha yang terapung di sungai semasa peperangan dengan Dato’ Bahaman.

Maklumat Daerah
  • Keluasan: 1,831 km²
  • Mukim: Bentong, Pelangai dan Sabai
  • Kawasan Utama: Bentong, Karak, Telemong, Manchis, Sungai Dua, Bukit Tinggi, Genting Highlands
  • Sempadan: Selangor (Barat), Negeri Sembilan (Selatan), Raub, Temerloh & Bera (Timur)
Peta Informasi Interaktif - Daerah Bentong
Peta Daerah Bentong

Nama Lokasi

Deskripsi ringkas lokasi.

Kategori

Daerah Bentong

Bentong adalah sebuah bandar dan salah sebuah daerah di Negeri Pahang. Keluasan daerah ini ialah 1831 kilometer persegi. Ia terletak 80km dari timur laut Kuala Lumpur dan bertentangan dengan Banjaran Titiwangsa. Daerah ini bersempadan dengan Negeri Selangor di sebelah barat dan Negeri Sembilan di sebelah selatan.

Mengikut cerita lama, nama Bentong dahulunya dikenali sebagai Kapong. Pada waktu itu, Bentong berpusat di sekitar kawasan pasar iaitu di pertemuan antara Sungai Repas dan Sungai Perting. Ia mula menjadi pusat tumpuan apabila bijih timah ditemui di kedua-dua sungai tersebut. Pelombong-pelombong bijih timah telah membina satu ban untuk melombong bijih timah bagi mendapat hasil yang lebih menguntungkan. Peristiwa ini telah menjadi bualan orang luar dan mereka telah menamakannya sebagai "Ban Untung" (ban yang menguntungkan). Perkataan "Ban Untung" menjadi lebih dikenali oleh orang ramai berbanding dengan Kapong. Lama-kelamaan perkataan "Ban Untung" bertukar menjadi Bentong.

Daerah Bentong terletak dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Bentong dan terbahagi kepada 3 mukim iaitu Mukim Bentong, Mukim Sabai dan Mukim Pelangai. Selain dari Bandar Bentong, terdapat beberapa pekan lain yang menjadi tumpuan penduduk seperti di Karak, Bukit Tinggi, Telemong dan Simpang Pelangai.

Bandar Bentong berperanan sebagai pusat pentadbiran dan perindustrian bagi daerah Bentong. Di Bentong terdapat banyak industri-industri ringan dan sederhana seperti kilang kayu-kayan, kilang pembuatan makanan dan kilang pengumpulan komponen elektrik. Peningkatan kepada pembangunan di bandar telah menyedarkan Majlis Perbandaran Bentong supaya bersedia dengan keperluan dan cabaran-cabaran masa akan datang dalam usaha menjadikan Bandar Bentong sebuah bandar yang maju, makmur dan sejahtera.