PIAGAM PELANGGAN
Bahagian Pembanggunan Daerah
-
Membanci permohonan pendaftaran e-Kasih dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan permohonan.
-
Melantik kontraktor bagi projek menerusi kaedah sebutharga dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan surat kuasa / waran.
-
Mengadakan sekurang-kurangnya 3 kali lawatan bagi setiap projek yang dilaksanakan.
-
Menguruskan bayaran tuntutan projek dalam tempoh 14 hari dari tarikh tuntutan lengkap diterima.
-
Mengambil tindakan pemantauan susulan dalam tempoh tanggungan kecacatan sekurang-kurangnya 3 kali sebelum dibuat perakuan lepas tanggungan.
Bahagian Khidmat Pengurusan
-
Memproses urusan membayar bil-bil dan semua tuntutan yang lengkap dalam tempoh 14 hari daripada tarikh diterima.
-
Menyelesaikan urusan berpencen kakitangan sebelum pegawai berkenaan bersara wajib / pilihan.
-
Meminimakan teguran audit dan menyediakan dengan segera atau tidak lebih 30 hari laporan-laporan yang diminta.
-
Mengemukakan maklumbalas kepada Aduan Pelanggan dalam tempoh 14 hari daripada aduan diterima.
-
Menghantar surat makluman kelulusan kepada pemohon dalam tempoh 5 hari bekerja selepas Mesyuarat Lembaga Pelesenan dan Eksais Daerah Bentong.
Bahagian Pengurusan Tanah
-
Memproses permohonan tanah yang lengkap untuk diangkat ke Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 30 bulan.
-
Memproses permohonan pecah sempadan/pecah bahagian/penyatuan tanah dan tukar syarat pertanian kepada pertanian dalam tempoh 30 hari bekerja.
-
Bayaran hasil di kaunter diselesaikan dalam tempoh 5 minit.
-
Memproses permohonan kebenaran pindahmilik dan gadaian diproses dalam tempoh 14 hari bekerja untuk dihantar ke PTG.
-
Mendaftarkan suratcara urusniaga dan bukan urusniaga dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh serahan.
-
Menyiasat dan menyediakan laporan awal aduan penerokaan tanah tanpa izin dan aduan pelanggaran syarat tanah dalam tempoh 14 hari bekerja.