WATIKAH PEMASYHURAN DAERAH MARAN
Dengan Nama ALLAH Yang Amat Pemurah lagi Amat Mengasihani.
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam serta selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarga dan para sahabat Baginda.
BAHAWASANYA menurut Seksyen 11 Kanun Tanah Negara 1965, Pihak Berkuasa Negeri boleh membahagikan wilayah negeri ini kepada beberapa daerah melalui pewartaan Kerajaan Negeri.
BAHAWASANYA Kerajaan Negeri telah bersetuju mewujudkan sebuah daerah baharu yang dinamakan Daerah Maran dan Warta Kerajaan Negeri Pahang Jilid 34 Bilangan 14 bertarikh 23 Mei 1981 telah diterbitkan.
"Semoga Daerah Maran sentiasa dikurniakan kemajuan, keamanan, keharmonian dan kemakmuran yang berkekalan."
MAKA, dengan Nama ALLAH Yang Amat Pemurah lagi Amat Mengasihani, saya Orang Kaya Indera Shahbandar Pahang, Dato' Mohd. Najib Bin Tun Haji Abd. Razak, Menteri Besar Pahang mengisytiharkan bahawa mulai 1 Januari 1981 bersamaan 24 Safar 1401 Hijrah, Daerah Maran diwujudkan sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pelan Warta No.386.
Dato' Mohd. Najib Bin Tun Haji Abd. Razak, DSAP
Menteri Besar Pahang