๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก๐๐ง ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐ง ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ง๐๐ง๐๐๐ญ๐๐ง๐ ๐๐ง๐ข ๐๐ค๐ซ๐๐ซ ๐๐๐๐๐ฌ ๐๐๐ฌ๐ฎ๐๐ก (๐๐๐)
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก๐๐ง ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐ง ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ง๐๐ง๐๐๐ญ๐๐ง๐ ๐๐ง๐ข ๐๐ค๐ซ๐๐ซ ๐๐๐๐๐ฌ ๐๐๐ฌ๐ฎ๐๐ก (๐๐๐)
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก๐๐ง ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐ง ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ง๐๐ง๐๐๐ญ๐๐ง๐ ๐๐ง๐ข ๐๐ค๐ซ๐๐ซ ๐๐๐๐๐ฌ ๐๐๐ฌ๐ฎ๐๐ก (๐๐๐)
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก๐๐ง ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐ง ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ง๐๐ง๐๐๐ญ๐๐ง๐ ๐๐ง๐ข ๐๐ค๐ซ๐๐ซ ๐๐๐๐๐ฌ ๐๐๐ฌ๐ฎ๐๐ก (๐๐๐) ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐
ย
PEKAN, 12 Ogos 2026 โ Pejabat Daerah dan Tanah Pekan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang telah menganjurkan Program Pengukuhan Integriti dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan Auditorium Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
ย
Majlis dimulakan dengan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Yang Berbahagia Tuan Azora@Ahmad bin Shamsudin, Pegawai Daerah Pekan sebagai simbolik komitmen warga Pejabat Daerah dan Tanah Pekan dalam memperkukuh integriti, menolak amalan rasuah serta membudayakan nilai amanah dan akauntabiliti dalam pelaksanaan tugas.
ย
Majlis tersebut turut disaksikan oleh Penolong Pesuruhjaya Zahari bin Suhaimi, Ketua Pentadbiran Siasatan, SPRM Negeri Pahang.
Seterusnya, program diteruskan dengan Taklimat Integriti dan Rasuah yang disampaikan oleh Puan Nor Hasni Maria binti Ab Rahim, Ketua Penolong Kanan Penguasa, Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Pahang.
ย
Program ini menjadi wadah penting dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga kerja mengenai kepentingan integriti serta tanggungjawab bersama dalam membendung gejala rasuah di tempat kerja.
ย
Pejabat Daerah dan Tanah Pekan komited untuk terus memperkukuh budaya kerja yang berintegriti, beramanah, telus dan bebas rasuah demi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti kepada masyarakat.
โIntegriti Diperkukuh, Rasuah Ditolak, Perkhidmatan Berkualiti.โ
- Created on .
- Hits: 29

