Skip to main content
PERKHIDMATAN
PANTAS
Facebook Kalendar

BERITA BERA

TAKLIMAT ePPHG BERSAMA PEMBEKAL PEJABAT DAERAH TANAH BERA

TAKLIMAT ePPHG BERSAMA PEMBEKAL PEJABAT DAERAH TANAH BERA

BERA, 28 April 2026

BERA, 28 April 2026— Satu sesi taklimat berkaitan sistem ePPHG telah dilaksanakan dengan penyertaan kira-kira 20 pembekal dari sekitar daerah BERA
Taklimat ini dijalankan bertujuan untuk memberikan pendedahan menyeluruh mengenai penggunaan dan pelaksanaan sistem ePPHG dalam kalangan pembekal, selaras dengan usaha memperkukuh kecekapan pengurusan perolehan yang melibatkan bekalan dan perkhidmatan.
 
Sesi penerangan telah disampaikan oleh wakil pembekal sistem ePPHG, iaitu Encik Mohd Syafiq Syahmi bin Suhaimi. Sesi taklimat memberikan pendedahan serta penjelasan terperinci mengenai fungsi sistem, tatacara penggunaan serta kelebihan yang ditawarkan kepada pengguna.
 
Para pembekal turut diberi peluang untuk mengemukakan soalan dan mendapatkan penjelasan lanjut, sekali gus membantu meningkatkan kefahaman mereka terhadap sistem tersebut. Selain itu juga taklimat diharap dapat memperkasakan lagi penggunaan ePPHG dalam kalangan pembekal tempatan serta menyokong usaha pendigitalan perkhidmatan perolehan kerajaan.
 

Read more …TAKLIMAT ePPHG BERSAMA PEMBEKAL PEJABAT DAERAH TANAH BERA

  • Created on .
  • Hits: 25