KURSUS PENGUKUHAN KERJA BERPASUKAN PERKASA ORGANISASI PDT MARAN
KURSUS PENGUKUHAN KERJA BERPASUKAN PERKASA ORGANISASI PDT MARAN
MARAN, 5 Ogos – Seramai 35 kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Maran menyertai Kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan dan Pemantapan Organisasi Tahun 2026 yang berlangsung selama dua hari, 4 hingga 5 Ogos, di Bilik Seminar, Akademi Usahawan Tani Chenor, bagi memperkukuhkan semangat kerjasama dan meningkatkan kecekapan organisasi
Kursus yang dikendalikan oleh Penolong Pegawai Tadbir Gred N5, Encik Ahmad Zuki bin Mohamad itu memberi penekanan kepada pembentukan budaya kerja berprestasi tinggi menerusi perkongsian ilmu serta latihan interaktif yang melibatkan semua peserta.
Sepanjang program, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang memfokuskan kepada pembangunan prinsip jati diri, mengenali potensi diri dan organisasi, kepimpinan melalui teladan serta kemahiran komunikasi dalam berpasukan sebagai elemen penting dalam membentuk organisasi yang mantap.
Penganjuran kursus tersebut diharap dapat melahirkan warga kerja yang lebih berdaya saing, berintegriti dan mampu bekerjasama secara efektif, sekali gus memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan Pejabat Daerah dan Tanah Maran kepada masyarakat


