Stesen Keretapi (1926)
Landasan keretapi dibina pada tahun 1926 oleh kerajaan British, ia merupakan jalan darat yang pertama diperkenalkan di Kuala Lipis.Perkhidmatan ini mula beroperasi pada tahun 1926, yang bertujuan untuk menghubungkan Kuala Lipis ke Johor Bharu di selatan, Chegar Perah di utara dan Tumpat Kelantan.
Ketika zaman Jepun, landasan keretapi digunakan sebagai laluan mengangkut tentera Jepun ke selatan untuk menawan Singapura. Selain itu,keretapi penting sebagai pengangkutan utama penduduk setempat untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Sebahagian besar hasil ekonomi disalurkan melalui perkhidmatan ini iaitu emas dan bijih.
Pada tahun 1985 perkhidmatan keretapi ini telah merayakan tahun yang ke-100.Sebagai satu cara sambutan, sepasukan Pegawai-pegawai Tinggi Keratapi Tanah Melayu(KTM) telah menaiki sebuah keratapi khas yang memulakan perjalanan dari Johor Bharu ke Tumpat Kelantan. Sebagai satu penghormatan kepada stesen keretapi yang terbesar dan bersejarah rombongan tersebut telah singgah di stesen keretapi Kuala Lipis. Perkhidmatan keretapi kini telah memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Istana Hinggap (1926)
Bangunan ini asalnya merupakan kediaman untuk pegawai British,yang didirikan pada tahun 1926. Namun apabila jawatan Menteri Besar di wujudkan pada tahun 1948,ianya telah dibaik pulih untuk di jadikan kediaman rasmi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang pertama iaitu Dato’ Setiawangsa Sir Mahmud Bin Mat. Kemudian,pada tahun 1951,Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad Ibni Almarhum Sultan Ahmad pula menetap di situ.
Selain itu,KDYMM Sultan Ahmad Shah juga pernah bersemayam di istana ini.Antara upacara bersejarah yang pernah berlangsung di situ ialah Majlis Perkahwinan KDYMM Sultan Pahang dengan KDYMM Tengku Ampuan Afzan Binti Tengku Mohamad,pada 22 April 1954.Menteri-menteri Besar ini menetap di rumah tersebut sehingga ke tahun 1955 sahaja berikutan dengan perpindahan Ibu Negeri Pahang dari Kuala Lipis ke Kuantan.Selepas pertukaran tersebut,rumah ini bertukar fungsi menjadi Istana Hinggap sehinggalah sekarang.
Kediaman Pegawai Daerah (1929)
Rumah ini terletak diatas tapak kubu Orang Kaya Haji Wan Daud yang menguasai lembah Sungai Lipis. Rumah kediaman ini siap dibina pada tahun1929. Tapak pembinaan rumah ini pada mulanya menempatkan kediaman W.C Michell iaitu pentadbir dan juga pembantu kepada Sir Hugh Clifford. Ketika banjir besar berlaku pada tahun 1926, rumah ini musnah dan telah di bangunkan semula oleh pihak British. Kemudian rumah ini dijadikan kediaman bagi pegawai-pegawai.
Pahang Club (1970)
Pahang Club merupakan bangunan terawal dibina oleh British pada tahun 1907. Tapak bangunan ini ialah tapak pertama pihak Inggeris mentadbir Pahang. Rumah ini di bina untuk tujuan kediaman Hugh Clifford yang memegang jawatan ‘Supritendent’ Ulu Pahang ketika itu. Pada Jun 1898, Kuala Lipis telah menggantikan Pekan sebagai Ibu Negeri Pahang dan rumah ini menjadi kediaman untuk Residen British.
Hugh Clifford telah memilih Bukit Residen untuk membina kediaman baru bagi memudahkan mengawal kawasan Lipis dan rumah tersebut telah siap dibina pada tahun 1922. Setelah Hugh Clifford berpindah, rumah ini telah didiami oleh Inspektor Polis British sehingga tahun 1926. Beliau mengetuai keanggotaan Polis British di mana ahlinya seramai 100 orang yang terdiri daripada orang Sibu,Dayak, dan Melayu. Pada pertengahan tahun 1926 rumah ini telah ditinggalkan dan kerajaan Inggeris telah menjadikannya sebagai kelab khas untuk pegawai-pegawai British.
Rumah ini sedikit pun tidak dilakukan pengubahsuaian bertujuan untuk menjaga keaslian seni binanya.Semasa menjadi Kelab Pahang, rumah ini dikawal rapi. Menurut seorang tukang kebun iaitu Pak Razak bukan sebarang orang yang boleh naik ke rumah itu yang mana mestilah berpakaian kemas,bertali leher dan kasut mestilah berkilat.Semasa rumah ini ditinggalkan dahulu pernah di ura-urakan untuk dijadikan istana tetapi didiamkan kerana cadangan tersebut di tolak oleh pihak istana.
Pada tahun 1957 keahlian kelab hanya untuk orang-orang kenamaan, orang British, dan pegawai tinggi kerajaan sahaja. Apabila Malaya merdeka keahlian kelab di buka untuk orang-orang tempatan yang berduit dan tidak mengira kaum.Aktiviti kelab ini ialah untuk kemudahan rekreasi,aktiviti sukan seperti tennis,badminton dan takraw serta menjalankan aktiviti kemasyarakatan.





