Skip to main content
PERKHIDMATAN
PANTAS
Facebook Kalendar

12 KUMPULAN KIKSA PAHANG IKUTI SESI BIMBINGAN KONVENSYEN KIKSA 2026

KUANTAN: Sebanyak 12 kumpulan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Sektor Awam Pahang (KIKSA) menyertai Sesi Bimbingan Konvensyen KIKSA Sektor Awam Pahang 2026 di Dewan SUK Blok C, Wisma Sri Pahang, di sini, pada 7 Ogos lalu.
 
Sesi yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang itu membabitkan kumpulan KIKSA daripada Pejabat Daerah dan Tanah di Pahang serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
 
Bimbingan dikendalikan Dr Abdullah Ali dengan dibantu dua fasilitator, Ts Noor Muzlinda Mat Hashim dan Dr Mohd Suzairi Mohd Shaffi, yang memberi panduan kepada peserta dalam aspek pengemaskinian dokumen, pematuhan format ditetapkan serta penambahbaikan dan pemurnian dokumen projek.
 
Sesi berkenaan bertujuan membantu kumpulan KIKSA membuat persediaan lebih teratur bagi menghadapi Konvensyen KIKSA Sektor Awam Pahang 2026, selain memastikan dokumentasi dan pembentangan projek memenuhi keperluan serta kriteria yang ditetapkan.