Skip to main content

PDT Bentong

UTAMA BENTONG

PEJABAT DAERAH BENTONG

  • Bentong New

  • Banner Pdtbtg

  • Banner Whatsapp


  • Aduan

  • Kepuasan Pelanggan

  • Statistik Perkhidmatan Pelanggan Atas Talian

  • Pencapaian Piagam Pelanggan

  • Tender / Sebut Harga

*KLIK PADA TANDA BIRU UNTU MAKLUMAN*

Daerah Bentong

Bentong adalah sebuah bandar dan salah sebuah daerah di Negeri Pahang. Keluasan daerah ini ialah 1831 kilometer persegi. Ia terletak 80km dari timur laut Kuala Lumpur dan bertentangan dengan Banjaran Titiwangsa. Daerah ini bersempadan dengan Negeri Selangor di sebelah barat dan Negeri Sembilan di sebelah selatan.

Mengikut cerita lama, nama Bentong dahulunya dikenali sebagai Kapong. Pada waktu itu, Bentong berpusat di sekitar kawasan pasar iaitu di pertemuan antara Sungai Repas dan Sungai Perting. Ia mula menjadi pusat tumpuan apabila bijih timah ditemui di kedua-dua sungai tersebut. Pelombong-pelombong bijih timah telah membina satu ban untuk melombong bijih timah bagi mendapat hasil yang lebih menguntungkan. Peristiwa ini telah menjadi bualan orang luar dan mereka telah menamakannya sebagai "Ban Untung" (ban yang menguntungkan). Perkataan "Ban Untung" menjadi lebih dikenali oleh orang ramai berbanding dengan Kapong. Lama-kelamaan perkataan "Ban Untung" bertukar menjadi Bentong.

Daerah Bentong terletak dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Bentong dan terbahagi kepada 3 mukim iaitu Mukim Bentong, Mukim Sabai dan Mukim Pelangai. Selain dari Bandar Bentong, terdapat beberapa pekan lain yang menjadi tumpuan penduduk seperti di Karak, Bukit Tinggi, Telemong dan Simpang Pelangai.

Bandar Bentong berperanan sebagai pusat pentadbiran dan perindustrian bagi daerah Bentong. Di Bentong terdapat banyak industri-industri ringan dan sederhana seperti kilang kayu-kayan, kilang pembuatan makanan dan kilang pengumpulan komponen elektrik. Peningkatan kepada pembangunan di bandar telah menyedarkan Majlis Perbandaran Bentong supaya bersedia dengan keperluan dan cabaran-cabaran masa akan datang dalam usaha menjadikan Bandar Bentong sebuah bandar yang maju, makmur dan sejahtera.

BENTONG

PDT BENTONG

Asal Usul Nama Daerah Bentong
Apa khabar orang Bentong? Semoga semuanya sihat walafiat. Menarik sejarah Bentong. Baru tahu FELDA pertama di negara ini adalah Lurah Bilut yang letaknya di Bentong.
Maka pengkisahan Bentong menjadi episod terakhir sejarah asal usul daerah di Negeri Pahang. Admin akan kembali dengan sejarah lain pula… Jumpa lagi dalam episod yang akan datang!
BENTONG
Bentong adalah sebuah daerah yang terletak di bahagian barat negeri Pahang Darul Makmur. Pada mulanya Bentong adalah sebuah daerah kecil di bawah pentadbiran daerah Raub. Oleh kerana saiz daerah Raub terlalu besar maka Bentong telah dipisahkan dari daerah ini dan menjadi sebuah daerah sendiri pada tahun 1919.
Keluasan daerah ini adalah 1,831 kilometer persegi. Ia terletak 80 kilometer dari timur laut Kuala Lumpur dan bertentangan dengan Banjaran Titiwangsa. Daerah ini bersempadan dengan negeri Selangor (daerah Gombak) di sebelah barat dan Negeri Sembilan di sebelah selatan.
Manakala di sebelah timurnya daerah Bentong berkongsi sempadan dengan tiga daerah lain iaitu Raub, Temerloh dan Bera. Jalan Bentong merupakan laluan utama ke negeri jiran Pantai Timur iaitu Kelantan.
Daerah ini terdiri daripada tiga mukim iaitu mukim Bentong, Pelangai dan Sabai. Terdapat tujuh kawasan operasi bagi Majlis Perbandaran Bentong iaitu Bentong, Karak, Telemong, Manchis, Sungai Dua, Bukit Tinggi dan Genting Highlands.
Daerah ini terkenal dalam lipatan sejarah negara kerana di sinilah tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan FELDA yang pertama dibangunkan iaitu di Lurah Bilut pada 1 April 1958.
Sejarah
Tarikh sebenar nama Bentong wujud tidak dapat dipastikan. Mengikut cerita lama, nama Bentong dahulunya dikenali sebagai ‘Kapong’. Pada waktu itu, Bentong berpusat di sekitar kawasan pasar iaitu di pertemuan antara Sungai Repas dan Sungai Perting.
Ia mula menjadi pusat tumpuan apabila bijih timah ditemui di kedua-dua sungai tersebut. Pelombong-pelombong bijih timah telah membina satu ban untuk melombong bijih timah bagi mendapat hasil yang lebih menguntungkan.
Peristiwa ini telah menjadi bualan orang luar dan mereka telah menamakannya sebagai 'Ban Untung' (ban yang menguntungkan). Perkataan 'Ban Untung' menjadi lebih terkenal di kalangan orang ramai berbanding dengan ‘Kapong’. Lama-kelamaan perkataan 'Ban Untung' bertukar menjadi Bentong.
Walaupun terdapat dakwaan bahawa Kapong merupakan nama lama bagi Bentong, namun Kapong sebenarnya adalah nama suatu tempat di Bentong (kini di sekitar kawasan Jalan Tras sebelum sampai ke pusat bandar Bentong). Ini berdasarkan fakta bahawa kedua-dua nama ini muncul secara bersama dalam satu catatan sejarah penting yang dibuat oleh pihak British.
Dipercayai bahawa di Kapong pihak British mula-mula sekali menjalankan aktiviti carigali bijih timah dan mendirikan penempatan mereka di Bentong. Karya yang berjudul ‘A Tour Through Pahang’ mencatatkan pengembaraan yang dilakukan oleh Residen British Pahang yang pertama, J.P. Rodger bersama-sama Tengku Mahmud (putera sulung Sultan Pahang ketika itu), penulis The Straits Times, para pegawai tempatan serta beratus anggota keselamatan yang bakal ditugaskan ke pos-pos di seluruh negeri Pahang.
Pengembaraan tersebut bermula pada 12 Julai 1889 dengan menyusuri Sungai Pahang bermula dari bandar Diraja Pekan sehingga ke kawasan-kawasan pedalaman negeri Pahang.
Penulis tersebut mencatatkan pengembaraan selama sebulan itu dan hasil tulisannya adalah satu rakaman yang dianggap menyeluruh mengenai suasana negeri Pahang ketika itu.
Memandangkan bandar Bentong masih belum lagi wujud sebelum ketibaan Tauke Loke Yew, ‘Bentong’ yang dimaksudkan ketika itu merujuk kepada lembah Sungai Bentong, terutamanya di kawasan penempatan awal antara Sungai Repas dan Sungai Perting.
Di situlah penduduk kampung dan peneroka terawal Cina melombong bijih timah secara kecil-kecilan di bawah pimpinan pembesar tempatan.
Versi kedua pula menceritakan kisah berbeza tentang bagaimana Bentong mendapat namanya. Menurut Pak Zek (Budayawan Dato’ Hj Zakaria bin Hitam), nama Bentong itu berasal dari perkataan 'Bapong'.
Pada zaman dahulu Bentong pernah dijadikan kubu oleh pahlawan Dato’ Bahaman. Askar British telah menghantar tentera Gurkha untuk menghapuskan Dato’ Bahaman dan mengawasi kawasan tersebut.
Tetapi sebahagian daripada tentera Gurkha itu telah diserang dan dibunuh oleh orang-orang Dato’ Bahaman. Mayat-mayat mereka kemudiannya telah dicampakkan ke dalam sungai.
Maka itu kelihatan banyak mayat terapung di permukaan sungai berkenaan. Berikutan dari peristiwa itu, tapak tersebut telah dikenali dengan nama ‘Bapong’ dan lama-kelamaan berubah menjadi Bentong.
Sekian.
Kredit sumber: Perbadanan Muzium Negeri Pahang

  • Aduan

  • Pencapaian Piagam Pelanggan

  • Tender / Sebut Harga

  • Statistik Perkhidmatan Pelanggan

  • Kepuasan Pelanggan

  • Wearables

  • Consoles

  • Drones

  • MESYUARAT CADANGAN PROJEK MEMBAIKPULIH DAN NAIK TARAF JALAN KE LADANG SD GUTHRIE KERDAU

    Temerloh, 9 Jun 2026

    Berita Penuh

  • MESYUARAT PEMANTAUAN PROJEK PROGRAM BANTUAN BARU RUMAH (PBR) BIL. 02/2026

    Temerloh, 10 Jun 2026

    Berita Penuh

  • PEGAWAI DAERAH TEMERLOH TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PEGAWAI PEMERINTAH SKUADRON KE-11 RAJD (MEKANIZE)

    TEMERLOH, 5 Jun 2026

    Berita Penuh

  • KUNJUNG HORMAT DAN TAKLIMAT PENGURUSAN PASIR PAHANG BERHAD BAGI DAERAH TEMERLOH

    TEMERLOH, 8 Jun 2026

    Berita Penuh

  • MESYUARAT PROJEK WAKAF TELAGA KAMPUNG PAYA MENGKUANG BIL. 2/2026 TUMPU ISU BEKALAN AIR KOMUNITI ORANG ASLI

    TEMERLOH, 10 Jun 2026

    Berita Penuh

Read more …UTAMA BENTONG

  • Hits: 1592

PIAGAM PELANGGAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAERAH

  1. Membanci permohonan pendaftaran e-Kasih dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan permohonan.
  2. Melantik kontraktor bagi projek menerusi kaedah sebutharga dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan surat kuasa / waran.
  3. Mengadakan sekurang-kurangnya 3 kali lawatan bagi setiap projek yang dilaksanakan.
  4. Menguruskan bayaran tuntutan projek dalam tempoh 14 hari dari tarikh tuntutan lengkap diterima.
  5. Mengambil tindakan pemantauan susulan dalam tempoh tanggungan kecacatan sekurang-kurangnya 3 kali sebelum dibuat perakuan lepas tanggungan.

 

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

  1. Memproses urusan membayar bil-bil dan semua tuntutan yang lengkap dalam tempoh 14 hari daripada tarikh diterima.
  2. Menyelesaikan urusan berpencen kakitangan sebelum pegawai berkenaan bersara wajib / pilihan.
  3. Meminimakan teguran audit dan menyediakan dengan segera atau tidak lebih 30 hari laporan-laporan yang diminta.
  4. Mengemukakan maklumbalas kepada Aduan Pelanggan dalam tempoh 14 hari daripada aduan diterima.
  5. Menghantar surat makluman kelulusan kepada pemohon dalam tempoh 5 hari bekerja selepas Mesyuarat Lembaga Pelesenan dan Eksais Daerah Bentong.

BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH

  1. Memproses permohonan tanah yang lengkap untuk diangkat ke Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 30 bulan.
  2. Memproses permohonan pecah sempadan/pecah bahagian/penyatuan tanah dan tukar syarat pertanian kepada pertanian dalam tempoh 30 hari bekerja.
  3. Bayaran hasil di kaunter diselesaikan dalam tempoh 5 minit.
  4. Memproses permohonan kebenaran pindahmilik dan gadaian diproses dalam tempoh 14 hari bekerja untuk dihantar ke PTG.
  5. Mendaftarkan suratcara urusniaga dan bukan urusniaga dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh serahan.
  6. Menyiasat dan menyediakan laporan awal aduan penerokaan tanah tanpa izin dan aduan pelanggaran syarat tanah dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Hits: 4