Aktiviti Kelab Sinar Gemilang
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜-𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗠𝗨𝗥𝗡𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭 – 𝗜𝗛𝗬𝗔’ 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜-𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗠𝗨𝗥𝗡𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭 – 𝗜𝗛𝗬𝗔’ 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡
13 Februari 2026, Temerloh - Dalam usaha menyemarakkan penghayatan nilai-nilai murni serta membuat persediaan rohani menjelang Ramadhan Al-Mubarak, Kelab Sinar Gemilang (KSG) telah mengadakan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Siri 1: Ihya’ Ramadhan yang berlangsung pada 13 Februari 2026 (Jumaat) di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
Program pengisian rohani ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Zohri bin Jamin, Pembantu Hal Ehwal Islam, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, yang mengupas kepentingan memperkukuh jiwa, memperelok akhlak serta menghidupkan Ramadhan dengan amalan yang penuh keikhlasan dan kesedaran.
Pelaksanaan program ini diadakan dengan kerjasama Biro Agama, KSG serta Bahagian Pengurusan Daerah, PDT Temerloh, sebagai langkah berterusan dalam membina budaya organisasi yang berteraskan nilai spiritual, integriti serta kesejahteraan bersama.
Semoga setiap perkongsian yang diterima menjadi panduan berguna kepada semua dalam memperbaiki diri, memperkukuh ukhuwah serta mengimarahkan
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐎𝐇
𝐓𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐨𝐡, 𝟗 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Majlis Khatam Al-Quran anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah diadakan pada hari ini sebagai penutup kepada Program Tadarus Al-Quran yang bermula pada 23 Februari 2026 hingga 4 Mac 2026 dan melibatkan penyertaan warga kerja jabatan sepanjang bulan Ramadan. Majlis Khatam Al-Quran ini telah berlangsung di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dengan suasana yang penuh khusyuk dan sederhana dan dipimpin oleh Al-Fadhil Tuan Imam Muhammad Khairulfaiz bin Hamidzi dari Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah.
Turut hadir dalam majlis ini YH. Dato' Khairur Rizal bin Ramli, Pegawai Daerah Temerloh merangkap Presiden Kelab Sinar Gemilang (KSG), PDT Temerloh.
Majlis ini merupakan usaha Biro Keagamaan KSG untuk pengisian kerohanian bagi mengimarahkan bulan Ramadan, di samping memberi peluang kepada warga kerja untuk bersama-sama membaca serta menghayati ayat-ayat suci Al-Quran. Program ini juga menjadi medium untuk memperkukuh nilai spiritual, memupuk semangat kebersamaan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja jabatan.Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyemarakkan lagi budaya membaca Al-Quran serta menghayati pengajaran yang terkandung di dalamnya.
MESYUARAT AGUNG KELAB SINAR GEMILANG (KSG) TAHUN 2026
TEMERLOH, 11 Mac 2026 – Mesyuarat Agung Kelab Sinar Gemilang (KSG) telah diadakan pada 11 Mac 2026 (Rabu) jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dengan kehadiran AJK Kelab dan ahli-ahli.
Mesyuarat tersebut dimulakan dengan Perutusan Presiden Kelab merangkap Pegawai Daerah Temerloh, YH. Dato' Khairur Rizal bin Ramli yang menyentuh mengenai peranan dan hala tuju kelab dalam memperkukuh kebajikan serta hubungan silaturahim dalam kalangan ahli. Turut dibentangkan dalam mesyuarat ini ialah Penyata Tahunan Kelab serta laporan aktiviti tahunan sepanjang tahun 2025 yang merangkumi pelbagai program kebajikan, sukan dan aktiviti kemasyarakatan yang telah dilaksanakan oleh kelab.
Selain itu, bagi memeriahkan lagi suasana sempena bulan Ramadan, turut diadakan penyampaian duit raya kepada ahli-ahli KSG sebagai tanda penghargaan kepada ahli kelab. Program turut diserikan dengan sesi cabutan bertuah yang mendapat sambutan meriah daripada para ahli yang hadir.
Penganjuran mesyuarat agung ini bukan sahaja menjadi platform untuk membentangkan laporan dan perancangan kelab, malah turut mengeratkan hubungan dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh yang merupakan ahli Kelab Sinar Gemilang.


