Skip to main content
PERKHIDMATAN
PANTAS
Facebook Kalendar
UNIQSAAS, 30 JULAI 2026
UNIQSAAS, 30 JULAI 2026 - Pemasyhuran Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) merupakan satu detik bersejarah dalam pembangunan pendidikan tinggi Islam di Negeri Pahang dan negara. Dahulunya dikenali sebagai Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), institusi ini telah mendapat perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk dijenamakan sebagai Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS). Institusi ini mempunyai sejarah dan perjalanan yang panjang dalam pembangunan pendidikan tinggi Islam di Negeri Pahang.
 
Pemasyhuran ini mencerminkan hasrat dan komitmen Negeri Pahang untuk memperkukuh pendidikan berteraskan al-Quran, di samping melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan mempunyai kefahaman agama yang kukuh.
 
Majlis pemasyhuran berkenaan telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah di Kampus UNIQSAAS.
Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Sultan Iskandar Al-Haj bersama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.