Skip to main content
PERKHIDMATAN
PANTAS
Facebook Kalendar

MAKLUMAN GANGGUAN CAPAIAN SISTEM MYMESYUARAT 2.0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.   Adalah dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Digital Negara akan melaksanakan aktiviti penyelenggaraan berjadual Sistem MyMesyuarat 2.0 dan sepanjang tempoh aktiviti dijalankan, terdapat gangguan capaian kepada Sistem MyMesyuarat 2.0 yang akan menyebabkan sistem tidak dapat diakses seperti ketetapan berikut:
Tarikh dan Masa Mula : 
9 Julai 2026 (Khamis): 7.00 petang
Tarikh dan Masa Tamat : 
10 Julai 2026 (Jumaat): 7.00 petang
URL terlibat :
1. Sistem : https://www.mymesyuarat.gov.my
2. Portal : https://portal.mymesyuarat.gov.my
3. Sistem Persekitaran Latihan : https://training.mymesyuarat.gov.my
3.   Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama tuan/puan sebagai Pentadbir agensi/jabatan bagi Sistem MyMesyuarat 2.0 agar dapat memaklumkan kepada semua pengguna di agensi/jabatan masing-masing berkenaan dengan gangguan ini. Bersama-sama ini dilampirkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Penyenggaraan Sistem MyMesyuarat 2.0 untuk perhatian dan tindakan tuan/puan bagi memastikan kelancaran mesyuarat yang telah dirancang pada tarikh berkenaan. Sebarang masalah atau pertanyaan lanjut boleh dikemukakan ke meja bantuan Sistem MyMesyuarat 2.0 (https://helpdesk.mymesyuarat.gov.my) atau e-melkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Pasukan MyMesyuarat Jabatan Digital Negara