KUANTAN, 6 Ogos 2026 - Majlis Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) dan Penyerahan Laporan Pelan Indikatif JPKK Negeri Pahang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.
Laporan Indikatif Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) turut diserahkan kepada semua penghulu di Negeri Pahang yang merangkumi data sempadan fizikal yang jelas dan senarai kemudahan yang terdapat di setiap kampung. Ia akan berfungsi sebagai instrumen tadbir urus dan perancangan fizikal yang strategik kepada memantapkan peranan institusi dan pentadbiran seluruh kawasan kampung di negeri ini.