TANAH RATA, 22 Julai 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli ke daerah Cameron Highlands, hari ini.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku disambut oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands; Tuan Kamarul Iskandar Nordin, Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands; Tuan Rudyfasla Mujid, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands; SUPT Azri Ramli, ketua-ketua jabatan daerah serta pemimpin masyarakat setempat.
Dalam keberangkatan tersebut, Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku telah menerbangkan sendiri helikopter EC120B sebagai sebahagian daripada Kursus Asas Penerbangan yang sedang diikuti oleh Baginda.
Kursus tersebut merangkumi latihan ‘High Altitude Operation’ (HAO), iaitu antara silibus wajib yang perlu dikuasai oleh setiap pelatih bagi membentuk pengetahuan, kemahiran dan kecekapan mengendalikan pesawat di kawasan beraltitud tinggi, di samping memberi penekanan terhadap aspek keselamatan penerbangan dan cabaran operasi di kawasan tanah tinggi. – MEDIA PDTCH