Skip to main content
PERKHIDMATAN
PANTAS
Facebook Kalendar

KAD KESIHATAN KASIH MAKMUR 2026

📢Berita baik untuk penerima Kad Kesihatan Kasih Makmur Tahun 2026 bagi daerah Cameron Highlands.
 
🌀Bantuan bernilai RM 500 sah digunakan sehingga 31 Disember 2026.
 
🔸Nilai bantuan RM500 merangkumi rawatan seperti;
 
1) Rawatan Pesakit Luar
2) Swab Test (Influenza dan Covid19)
3) Supplement
4) Vaksinasi
5) Pemeriksaan Darah
6) Pemeriksaan Radiologi
7) Fisioterapi dan Pemeriksaan secara menyeluruh
 
▪️Tuan/puan boleh mendapatkan rawatan di klinik panel tersebut;
 
1) Klinik dan Surgeri Raj, Bertam Valley
2) Klinik Edina, Ringlet
3) Klinik & Surgeri Raj, Tanah Rata
4) Klinik Ayob, Tanah Rata
5) Poliklinik Al-Farhain, Tanah Rata
6) Klinik Cameron, Brinchang
7) Klinik Wong, Brinchang
8)Klinik & Surgeri Raj, Tringkap
9) Imperial Mediclinic, Kampung Raja
10) Klinik & Surgeri Raj, Kampung Raja
 
Untuk semakan penerima serta maklumat lanjut, sila layari www.kasihmakmur.com.my