CERAMAH SEMPENA MAAL HIJRAH
UANG LEGAR PDT KUANTAN, 15 Jun 2026 - Menampilkan bingkisan perkongsian ilmu, HIJRAH : PERJALANAN YANG TIDAK PERNAH BERAKHIR disampaikan oleh Ybhg Tuan Haji Nik Ibrahim bin Nik Abdullah sempena sambutan Maal Hijrah 1448H. Hijrah bukan sekadar perpindahan fizikal Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah. Ia adalah simbol perubahan menyeluruh—daripada kegelapan kepada cahaya, daripada kelemahan kepada kekuatan.
Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW mengajar kita bahawa sesebuah perubahan memerlukan pengorbanan. Sesuatu kejayaan yang dicapai memerlukan perancangan yang baik dan teratur. Kunci utama penghijrahan adalah kebergantungan kepada Allah swt. In syaa Allah. Moga perkongsian ilmu pada pagi ini menjadi asbab kepada perubahan dan penghijrahan diri yang jitu dan mantap.