JERANTUT, 16 Jun 2026 – Satu program Bicara Dakwah bertajuk “Maal Hijrah: Pelbagai Dimensi, Satu Destinasi” telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut bagi menyemarakkan penghayatan semangat hijrah dalam kalangan warga kerja yang hadir.
Program tersebut telah disampaikan oleh Ahmad Shah bin Jamlus, yang mengupas makna hijrah dari pelbagai sudut termasuk aspek kerohanian, pembangunan diri, integriti serta tanggungjawab dalam kehidupan seharian. Beliau menegaskan bahawa walaupun setiap individu menempuh perjalanan hidup yang berbeza, matlamat akhirnya adalah menuju keredaan Allah SWT dan kesejahteraan masyarakat.